Monday 28 September 2015

Travelog : #jejakjepuncikon Day 2 - Part 2 Ikebukuro & Akihabara

Ikebukuro

Dari Nipprori,kami meneruskan perjalanan menuju ke Ikebukuro.Niat yang satu adalah misi mencari Restoran Fish Manhattan.Aku tau kat Malaysia pun ada.Tapi aku disini dengan satu niat,nak support local...lagipun kedai ni ada Sijil halal.
 
Cari punya cari..hampir dua jam juga kami berpusing2.Aku sikit lagi nak give up kerana kaki dah letih & melecet.Dah tanya orang awam pun masih kami tak jumpa.Silap kami juga,tak print siap2 logo & alamat kedai.Style bangunan kedai kat Jepun ni bertingkat2 & penuh dengan papan tanda.Aku zoom mata ni kat setiap papan tanda kot2 terselit tulisan Fish Manhantan.Kena lebih focus sebab kaki dah minta rehat.Ntah macam mana,kami jalan menuju ke arah mula2 turun dari train..belah kanan...hati terus melonjak keriangan..syukur sangat2 kami akhirnya berjaya jumpa  Restoran Fish Manhattan :)
 
Sebenarnya aku ada stop di kedai bakery seberang jalan je untuk tumpang guna wifi,tapi tu la..mata ni tak nampak gak signboard kedai Fish Manhattan.
 
Rasa macam nak lepak 3 jam dalam restoran ni...hehehe
 
Apalagi..lunch la.Ashby solat jamak dalam restoran ni.Ada ruang solat disediakan.
 
Lepas lunch kami ke destinasi seterusnya iaitu Shinjuku..tapi berpatah balik ke Ueno sebab kaki aku dah tak larat nak berjalan.Kami decide untuk balik hotel & malam baru kami teruskan aktiviti #jejakjepuncikon



 
Adik ni student Malaysia,berasal dari Penang.Dia tengah cuti musim summer.Fasih berbahasa Jepun.Good luck dik! #localah

 
 
Akihabara
 
Sebelah malam kami teruskan ke City of Gadgets & misi mencari spirulina(mak aku pesan).Banyak drugs store aku masuk...ada masalah bahasa tentang jenis produk.Tapi,setelah sampai Malaysia..aku baru tahu dalam smartphone ada apps yang boleh translate dari bahasa A ke bahasa B.Caranya..download app tu and scan ayat/perkataan.Walaa..ehm..aku macam ketinggalan zaman.
 
Ok..jom enjoy pics!


SEGA..pusat video games



Halal kebab..aku suka.Sedap & juicy.
 
Café Gundam dekat station JR Akihabara





 
 

 













 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

No comments:

Post a Comment