Monday 28 September 2015

Travelog : #jejakjepuncikon Day 2 - Part 2 Ikebukuro & Akihabara

Ikebukuro

Dari Nipprori,kami meneruskan perjalanan menuju ke Ikebukuro.Niat yang satu adalah misi mencari Restoran Fish Manhattan.Aku tau kat Malaysia pun ada.Tapi aku disini dengan satu niat,nak support local...lagipun kedai ni ada Sijil halal.
 
Cari punya cari..hampir dua jam juga kami berpusing2.Aku sikit lagi nak give up kerana kaki dah letih & melecet.Dah tanya orang awam pun masih kami tak jumpa.Silap kami juga,tak print siap2 logo & alamat kedai.Style bangunan kedai kat Jepun ni bertingkat2 & penuh dengan papan tanda.Aku zoom mata ni kat setiap papan tanda kot2 terselit tulisan Fish Manhantan.Kena lebih focus sebab kaki dah minta rehat.Ntah macam mana,kami jalan menuju ke arah mula2 turun dari train..belah kanan...hati terus melonjak keriangan..syukur sangat2 kami akhirnya berjaya jumpa  Restoran Fish Manhattan :)
 
Sebenarnya aku ada stop di kedai bakery seberang jalan je untuk tumpang guna wifi,tapi tu la..mata ni tak nampak gak signboard kedai Fish Manhattan.
 
Rasa macam nak lepak 3 jam dalam restoran ni...hehehe
 
Apalagi..lunch la.Ashby solat jamak dalam restoran ni.Ada ruang solat disediakan.
 
Lepas lunch kami ke destinasi seterusnya iaitu Shinjuku..tapi berpatah balik ke Ueno sebab kaki aku dah tak larat nak berjalan.Kami decide untuk balik hotel & malam baru kami teruskan aktiviti #jejakjepuncikon



 
Adik ni student Malaysia,berasal dari Penang.Dia tengah cuti musim summer.Fasih berbahasa Jepun.Good luck dik! #localah

 
 
Akihabara
 
Sebelah malam kami teruskan ke City of Gadgets & misi mencari spirulina(mak aku pesan).Banyak drugs store aku masuk...ada masalah bahasa tentang jenis produk.Tapi,setelah sampai Malaysia..aku baru tahu dalam smartphone ada apps yang boleh translate dari bahasa A ke bahasa B.Caranya..download app tu and scan ayat/perkataan.Walaa..ehm..aku macam ketinggalan zaman.
 
Ok..jom enjoy pics!


SEGA..pusat video games



Halal kebab..aku suka.Sedap & juicy.
 
Café Gundam dekat station JR Akihabara





 
 

 













 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Tuesday 22 September 2015

Travelog : #jejakjepuncikon Day 1 & 2 - Part 1 Ueno-Nippori-Ikeburuko-Akihabara

Ueno-Nippori-Ikeburuko-Akihabara

Travel period : 11 - 14 September 2015
Harga tiket(return)+luggage+hotel : RM1,300/pax
Duit poket+tiket train+makan: RM1,000(30,000 yen)
Lokasi : Sekitar bandar Tokyo
Musim : Summer
Airport : Haneda
Travel buddy : Ashby
Day 1 : Travelling period(depart at 2.30pm & landed at 11.30 pm)
 
Nama Hotel yang aku stay sepanjang berada di Tokyo adalah Mystay Ueno Inaricho (Tiket flight+luggage+hotel = RM1,300),yang ni semua book masa beli tiket hari tu.Pakej flight sekali penginapan by AirAisaX.
 
Tragedi kejar mengejar train berlaku masa malam yang aku touch down Haneda Airport.Ye la..aku sampai dalam 11.10pm waktu Tokyo..train terakhir dalam 12++ macam tu.Nak check kastam lagi..nasib baik aku memang plan hanya bawa hand carry..dah jimat masa kat situ.Ada juga aku baca blog,mostly akan tidur semalaman dulu di airport..esok siang baru check in hotel.Tapi aku dah fully bayar hotel..nak naik teksi memang la idak ye..sekangkang kera pun katanya tambang teksi RM200-400.Peraturan Allah tu memang terbaik,tengah duk orang ramai beratur check kastam,line panjang berjela..depa boleh buka lagi dua extra lane untuk tourist(line asal untuk passport Japanese)..aku & Ashby terus jadi orang yang pertama.Alhamdulilah..kami manage kejar train.

Aku beli Suica kad(macam touch & go) untuk penggunaan train sepanjang berada di Tokyo..memang sangat memudahkan perjalanan aku.Rasa2 balance dah sikit..aku top up je.Semua mesin akan ada menu pilihan Bahasa Inggeris.
 
Ok,nak ke hotel aku dari airport kena naik dua train.Sampai hotel nak dekat pukul 1 pagi.Dah email pihak hotel yang kami late check in.Masanya untuk rehat kan badan,renggangkan kaki.Esok dah nak start explore bandar Tokyo.


Tempat pertama yang kami lawati,Ueno Park.Musim sakura memang full house taman ni orang ramai berkelah.Sangat cantik & bersih.Nanti nak datang masa musim sakura la juga.


Dalam taman ni ada zoo,muzium & macam dalam gambar ni ada dewan untuk pameran.Kebetulan ada Mechanic Designer Exhibition..ehm,specialised in building gundam kot.



Dari Ueno Park,kami beransur menuju ke Nippori Textile Town.Syurga barang kraf.Hanya satu station shj dari Ueno Park.Terjumpa la pula billboard si Takuya Kimura ni.Excited kemain aku..haha.Dapat posing dengan poster pun ok la kan.



Nama kedai ni Tomato.Memang femes la di kalangan tourist.Mat Salleh borong kain cotton untuk hasilkan barang craft seperti quilt etc.Orang Malaysia ofkoz nak buat baju kurung kan.Pening aku memilih sebabnya harga pun boleh tahan..salah percaturan mau $$$ tak cukup hingga hari terakhir.Ni baru first day..pagi pula tu.Design yang aku cari adalah design authentic Jepun macam bunga sakura,kipas,origami etc.
 
 

Kedai Tomato ni ada banyak di Nippori Textite Town ni.Aku masuk semua.Tapi yang banyak membeli di kedai Tomato yang lima tingkat tu.Dalam gambar ni adalah kain lace,aku usha je.Tak beli pon.Konsep membeli,angkat kain relung tu ke kaunter untuk potong.Jika dah betul2 pilih baru bawa ke kaunter..sebab barisan panjang woo...tak dapek nak tukar2 fikiran ni.


 
*Happy nya aku dapat hirup udara Jepun ni..rasa berbunga2 sangat.
 
 

  

Monday 21 September 2015

Travelog : #jejakjepuncikon Intro

Assalamulaikum semua...ohaiyo!

Travel period : 11 - 14 September 2015
Harga tiket(return)+luggage+hotel : RM1,300/pax
Duit poket+tiket train+makan: RM1,000(30,000 yen)
Lokasi : Sekitar bandar Tokyo
Musim : Summer
Airport : Haneda
Travel buddy : Ashby

Aku start entry ni dengan perasaan emo sikit ye.Fyi, aku ni memang nak ke Jepun sejak zaman sekolah menengah lagi.Aku terlalu terdedah pada drama bersiri Jepun(masa tu TV3 yang siarkan).Antaranya,Long Vacation,Power Office Girls,Great Teacher Onizuka(GTO),Beach Boys,Beautiful Life & banyak lagi.Aku jadi macam obsess nak ke Jepun masa tu..sampai rasa lepas SPM je nak sambung belajar ke Jepun(which is aku tak pun further study ke Jepun kan).Takuya Kimura memang my biggest crush la masa tu..ntah la kenapa.So boleh kata,siapa yang rapat dengan aku mesti tau la aku suka sangat si mamat Takuya ni.

Time aku kat kolej  ada buat exchange student kita dengan Jepun..tapi masa tu mana la mampu.Gila ke nak bagitau parent & nak minta duit tiket bagai..sebelum tanya pun aku dah tau jawapan parent aku(aku faham,mereka banyak lagi tanggungjawab lain yang lebih penting).Lagi pun, aku percaya Allah ada perancangan yang lebih baik.

Sekitar tahun 2005 macam tu..pengaruh K-Pop makin menular kat Malaysia...tapi,aku sikit pun tak tergoda.K-Pop styke,movie,lagu,band semua aku macam rasa..eiii,FAKE nya korang.Apasal muka jambu sangat?Di tambah lagi dengan media social..fanomena K-Pop makin menular.Aku tetap setia dengan Jepun style which is bagi aku more natural walaupun gila2.

So bila ada orang tanya..kenapa Jepun?Kenapa nak bercuti kat Jepun?Ada apa kat sana?Barang kan mahal...aku diam je #krik krik.

Sebab bagi aku,siapa yang faham memang faham kenapa mesti visit Jepun..walau sekali je dalam hidup.

Aku ada kawan opis..yang betul2 faham apa yang aku rasa.More or less..kami enjoy the same zaman.At least..ada juga orang yang faham aku.

Panjang pula entry intro #jejakjepuncikon ni..hehe.

Aku naik AirAsiaX.Pergi berdua shj tanpa ejen, hanya senyuman & map.

Jangan lupa next entry.. #jejakjepuncikon Part 1.

Sampai ketemu lagi...hait!