Friday 26 June 2015

Halal Sushi : Toyyiban terbaik

Salam Ramadahan semua...
 
Ohaiyo..
Siapa peminat sushi@makanan Jepun kat sini?
 
Sekitar sebulan lepas kecoh pasal sijil halal retoran 'Raja Sushi' ditarik(sebenarnya,depa tak pernah dapat halal cert. pon). Aku lah antara orang muslim yang kerap berkunjung ke 'Raja Sushi' dengan berbekalkan keyakinan ianya halal,cuma tidak dapat halal sebab hidang arak..ehm...seta pekerja nya ramai muslim.
Tapi sebenarnya kekadang ragu tapi teruskan juga keyakinan sebab tekak ni suka sangat dengan sushi.
Kini tiada lagi rasa ragu-ragu itu setelah 'berkenalan' dengan Toyyiban Sushi.
 
Kedainya terletak di Bangi Gateway(dulu ada di Shah Alam tapi sekarang dah tutup).
Ownernya pernah menetap di Jepun.Resipi di olah supaya sesuai dengan tekak melayu.
 
Contohnya,selain wasabi,kicap cili juga ada sebgai pencicah.Bijak bukan? Aku suka konsep kedai ni.
 
Aku dapat menikmati sushi kesayangan tanpa rasa ragu..hihihi.
Price range sangat berpatutan..di tambah pula di malanan di masak dengan kasih sayang.
Sushi goreng kat sini(RM5.50 satu set)memang terbaik bak hang.

Jom,kita enjoyyyy gambar.
Kawaiii
Japanese Tea
Kedudukan kedai berhadapan dengan 'Raja Sushi'


California Roll RM12.90..nyum nyum

Sushi Goreng RM5.50

 


Sijil Halal



Alamat

Wednesday 17 June 2015

Short Vacay : Cameron Highlands

Selamat menjalani ibadah puasa semua.Aku doa kita semua dipermudahkan urusan di dalam bulam penuh berkat ini.
 
Destinasi percutian pendek aku kali ini adalah Cameron Highlands.Aku pergi pertengahan bulan May.Naik menggunakan jalan Simpang Pulai, manakala turun pula guna jalan Tapah.Alhamdulillah,perjalanan agak smooth untuk aku(si dia yang drive pon..hehe).
 
Hotel pertama ialah Copthorne Hotel(dulu Equatorial)untuk hari pertama.Aku prefer hotel ni sebab lebih selesa berbanding next hotel.Ada kipas even takda aircond.Cuma ada masalah lif yang tak berhenti di level yang sepatutnya.So kena tunggu like 5 kali trip baru lif berhenti di level bilik kami.Bayangkan dari aku & si dia je yang tunggu..terus penuh dengan guest lain,ehmmm..
 
Untuk hari kedua aku stay di Hotel Heritage.Tak tau what when wrong,hotel kami bertentangan dengan jalan raya.Tiada kipas & tiada air cond.For me at least kena ada kipas.Sebabnya bila pagi matahari dah naik tinggi,berpeluh gak la aku ni.Bising & bath tub berkulat.Sebabnya aku tengok,customer lain yang sama2 check in semua dapat bilik facing pokok2.Maybe rezeki kami.Lagi pun aku tak faham apa yang heritage nya,nothing.
 
Untuk trip kali ni kebetulan aku datang hari Jumaat nak ke hari minggu,so ada pasar malam.Agak jam area tu tapi masih boleh dapat parking.
 
Aku tak beli sayur,bunga mahupun buah strawberri langsung.Bukan tak suka,tapi rasanya beli kat bawah lagi murah.Hehe...Yang aku beli ialah clay pot mini orked & kaktus comel2.Dua kali repeat pi kedai ni beli.Tauke kedai bagitau dah 18 tahun dia jual clay mini pot ni.Satu Malaysia hanya boleh jumpa kat kedai dia je.Betul ke tidak,aku tak pasti.Yang pasti aku dah jatuh cinta kat depa.Comel sangat.Veri fragile.
Ada banyak lagi design nak kena kumpul ni...
 
Untuk aktiviti aku singgah di ladang teh Cameron Valley untuk bergambar.Pancit gak la dari kebun teh tu nak daki balik naik ke kereta.Tak fit betul rasanya.Enjoy kek & teh di situ.Memang best.Aroma teh dari daun teh memang menenangkan.Macam bau inai pun ada :) Yang aku perasan masa di cafe teh tu orang berebut2 nak amik seat yang facing kebun teh.Jika ada yang tak berjaya,aku suggest datang je dalam pukul 5,confrim tak ramai orang.Tenang je rasa(aku repeat 3x sebab nak bergambar je).Will repeat Cameron soon.
 
Indahnya ciptaan mu ya Allah
 
Sedap betul kek ni.Teh pun terbaik.


 
 
 
 

Monday 15 June 2015

Bandung : Shopping Tips

Entry ni berkenaan beberapa tips membeli belah dari sudut aku. Ianya mungkin berbeza dengan yang lain berdasarkan banyak faktor.
 
1. Beli yang mahal(mahal disini maksudnya murah dari Malaysia) bagi menjamin   kualitinya.Kerana,anda akan menyesal.Bila balik ke Malaysia,pasti anda akan dapati ianya jauh lebih murah harganya ketika di Bandung.Anda kena ingat,yang murah tak semetinya elok.Maka kena pandai2 dalam memilih.Contohnya,telkung & kain ela(apalagi kan!)
 
2. Supir.Seeloknya booking supir dari Malaysia lagi.Tips untuk jimat(sedikit) harga supir...dari airport nak ke hotel,ambil la teksi di airport.50% murah dari supir.Begitu juga waktu balik nanti.
 
3. Hotel.Aku prefer hotel di town.Iaitu area Cihampelas walk.Senang nak cari makan & berjalan waktu malam.Aku rekemen Serela Hotel.



Selera Hotel Cihampelas
 
 4. Air.Beli air di dalam kedai serbaneka atau mini mart.Jangan beli di penjaja kerana harga nya mahal boleh mencecah hingga 5x harga jualan asal.
 


 

Variasi air badak dalam tin..ada perisa anggur tau.
 
Will update jika ada yang tertinggal.
Terima kasih kerana sudi membaca.

Annual Visit : Bandung shopping heaven utk kami..lol (Part 4)

Ok..this would be last entry about Bandung.Aku akan cover tempat urut,makan,perfume & factory outlet.
 
Tangkuban Parahu & Kawah Putih sesuai bagi yang pertama kali jejak ke Bandung.Untuk repeat on the next visit,tak perlu.Ia agak membazirkan masa & wang.

3. Mariani Spa & Ola Spa

Sesuai untuk anda yang sudah capek berbelanja.Dua-dua tempat ni ada keunikan.So far aku prefer Ola spa.Sebab perkhidmatan totak wajah nya aku suka.Harga lebih kurang untuk kedua-dua spa.Ada tukang urut lelaki & wanita.Tempat mandi & solat juga disediakan.Bersih.

Di Ola spa, aku repeat urut sebab saja nak habiskan waktu.Rupanya masa first visit aku ada tercicir brooch..tak sangka depa simpan & return kat aku.Kejujuran itu yang mahal.Masih ada jodoh aku dengan brooch tu :)



4. Collector Perfume

Baunya sebijik original perfume.Pilih brand mana yang kita mahu,bayar & siap.Dia akan bancuh depan mata kita.Yang bertambah best..ianya boleh di refill.So simpan botol manatau nak repeat kan.

Isu ori tak ori,tepuk dada tanya selera.Aku no komen.Sebab memang beli buat pakai harian.Confirm tahan 24jam.
Harga ikut saiz ml botol antara RM15-RM35.



Ada banyak di area Bandung ni.Aku buat di FO Summit

5. Rumah Mode

Di sinilah tempatnya untuk semua branded items harga kilang.Dari jeans hinggalah baju baby. Materialnya memang terbaik.Baju kerja,seluar kerja,t-shirt,boxer semua memang banyak.
 
Tempat solat & makan sekali attached dengan main building.So anda boleh peruntukkan berapa lama masa nak shopping disini.


Men jeans

Comel kan?Kecil je ni lebih kurang saiz A4 
 6. Kartika Sari

Bagi aku, sini pun wajib datang untuk borong biskut bagelan & brownies.Tapi kena hati2..bukan semua produk pastri kat sini halal ye.Contohnya, depa ada brownies perisa rum(gulp!)

Satu lagi yang aku suka,serbuk cabe(cili).Rasa pedas nya boleh menitik air mata ni.

 
7.Kampung Daun
 
Aku suka tempat makan ni.Nyaman kerana berlatar belakang air terjun.Harga makan juga berpatutan bagi aku.Ramai juga orang Malaysia di sini.Tempat makan dalam rumah buluh.
 
Kita enjoy gambar....


Nasi goreng Kg Daun

Original pisang cheese.Rasanya org. Indon mewah cheese

Nampak ke air terjun tu?


Pizza Salmon



 


 

Annual Visit : Bandung shopping heaven utk kami..lol (Part 3)

2. Batik Bidadari, Taman Kopo

Entry kali ini masih berlatarkan kain ela di Bandung..waduh!
 
Aku sendiri baru je discover tempat ni. Supir kami yang rekemen. Ternyata, bagus sekali.Haha.
Ianya sebuah lot rumah banglo yang di buat macam gudang.Tauke nya orang cina. Ibu sama bapaknya sangat la peramah melayan tetamu.
 
Dari apa yang aku amati...kain sulam kat sini lebih murah dari Pasar Baru.Sepasang kain Rp110k conver duit Malaysia RM30/sehelai. Jalan TAR paling murah pun RM90 tau.Cuma kualiti kain kat sini bercampur..so kena guna skill dalaman untuk memilih kain yang elok.
 
Suka aku tekan kan..ianya bukan la sulam ayak..hanya sekadar sulam tampal.
 
AMARAN!!!
 
Masuk ke toko ni boleh buat anda tak keruan..rasa nak borong semua kot..haha.
 

 

Annual Visit : Bandung shopping heaven utk kami..lol (Part 2)

1. D'fashion Textile (Part 2)

Dia ni la punca aku datang ke bandung almost every year..siapa dia?Haha...dia la di kain chiffon silk Roberto Cavalli(jangan tanya kenapa nama dia macam ni,maybe nama designer).Yang pastinya..kain dia lembut selembut sutera.
 
Ok,kita enjoy gambar kain ye...

Kerana kekangan masa..so aku attach beberapa design je ye :)


Rare kan?Aku patch latch tu.

Chunkybeads jadi trend untuk 2015

Design houndstooth
 


Thursday 11 June 2015

Annual Visit : Bandung shopping heaven utk kami..lol (Part 1)

Ada apa di Bandung?

Akan ada beberapa entry tempat yang aku nak highlight bila ke Bandung(untuk berbelanja).

1. D'fashion Textile
 
Ok aku start entry ni dengan melebel diri sendiri memang fabric lover...and...bukanlah semua fabrik kain tu aku suka.Macam mana tu?Hahaha.Yang penting lain dari yang lain(bukahlah kain ribu2 dan bukan juga kain bila dijahit dah pecah,belum pakai lagi dah pecah..macam mana tu?hehe..)

Aku memang suka kan chiffon silk.Sebabnya, memang jatuh elok kat badan aku yg berisi ni.Ramai kekakak semua kureng gemar chiffon ni sebab sifat chiffon ni jarang.Confirm kena lining.Bila berlining ni..upah jahit akan jadi double.Contohnya, upah biasa RM40 bila berlining akan jadi RM80.Which is aku tak kisah..sebabnya kain cotton pon aku lining(uhuk uhuk!).
Mana aku beli chiffon silk printed ni?Aku borong di Bandung(gulp..usually akan beli untuk stok diri sendiri 5-12 pasang).Kenapa sampai ke Bandung?Malaysia takda ke?Ofcoz Malaysia ada..but harga dia tu yang aku tak sanggup...plus aku kena bargain kaw2 sampai macam nak gaduh dgn owner kedai kain kat Malaysia untuk dapat harga aku.Silap2 balik tangan kosong hati sakit sebab terpaksa blah, tak dapat harga kain yang dikehendaki.Berbeza dengan Bandung..depa layan u olls semua macam VVIP regardless berapa RM/Rp harga kain kau tu.Ada kuih muih,teh botol,jus or kopi memang diperuntukkan untuk customer.

Nama toko kain yang sering kali aku melabur adalah D'Fashion(dulu namanya Vogeu di Pasar Baru).Kedai ni terbaik bak hang! Pilihan lace menang banyak..yang penting latest trend. Kain chiffon tu namanya Chiffon Roberto Cavalli.




Jeng2..ni la alamatnya.Selamat berbelanja ibu!
 
Kita enjoy lagi gambar...




Interior kedai ni moden.Aku suka.Selesa sangat.Tempat solat,tandas,lif & kerusi urut disediakan.Wifi connection yang terbaik lajunya..haha.
 

Glamer kan?Kat Malaysia rasanya designer je beli.




Lace kat sini up to date & murah.Percayalah!

 
 
Ok..macam mana rupa printed chiffon cavalli tu?Next entry aku sambung.

Till next time #muahbanyak