Tuesday 20 October 2015

Travelog : #jejakjepuncikon Day 4 - Shinjuku & Haneda Airport

Ok..hari terakhir sudah tiba.Perasaan bercampur baur nak tinggalkan negara matahari terbit ni.
 
Hari ni kami keluar agak lewat dan terus check out hotel.

Hotel kami

Dari Ueno kami menuju ke Hamamatsucho station untuk letak bag kami dalam locker.Sebenarnya ada blog lain pernah rekemen buat macam ni kerana mudah. Dari sini ada train terus ke Haneda Airport.Terima kasih atas perkongsian ye rakan blog.
 
Kena datang cepat..sebab takut locker full
Bayar menggunakan Suica Card 600 yen = RM19
 
Shinjuku
 
Al kisahnya,di hari pertama belah petang kami dah sampai ke sini.Turun je station and decide untuk patah balik ke hotel.Sebabnya..kaki aku ni yang dah tak larat sangat nak berjalan(kurang fit mungkin).Balik hotel rendam kaki dengan air panas.Lega tak terkata.
 
Di hari terakhir ni ada juga rezeki ke sini.
 
Mula-mula sekali kami menuju ke Tokyo Metropolitan Government Building observation deck.Masuk percuma.Kena beratur untuk menaiki lif ke atas tapi tak panjang sangat.Mungkin kerana hari bekerja(Isnin).Aku happy di situ sebabnya bila fikir balik..jika kami datang masa hari pertama tu(Sabtu)..mau letih kuasa dua.Ye la..bukan kami je yang nak naik...ramai lagi tourist dari negara lain menuju ke sini.
 
Basically,dari sini kita boleh nampak view seluruh bandaraya Tokyo.Jika nasib baik..Mr Fujiyama pun kelihatan.Masa aku kat atas ni..nampak susuk Mr Fujiyama yang di lindungi kabus.Ok la kan dari takda.Its ok..next time we meet ok Mr Fujiyama?
 
Haneda Airport
 
Untuk pengetahuan semua,Haneda Airport(Terminal 3) ni special kerana menyediakan ruang solat & makanan halal.Ini amat memudahkan urusan solat pelancong muslim.
 
Aku ada follow facebook page Halal Media Japan.Sangat bagus dan mereka di Jepun sedang berusaha untuk membuat negara mereka mesra Muslim(solat & makan).Which is pada aku..sesuatu yang positif.
 
Misi mencari Starbucks Tumbler(kena naik bus menuju ke Terminal 1).Awal-awal lagi aku memang berniat nak beli tumbler ni sebagai kenang-kenangan. Dapat voucher air kopi free..aku guna salah satu tumbler on the spot untuk redeem air.Yeay!!!!
 
Insyallah akan kembali untuk guna satu lagi voucher air free(tiada expiry date)

 
Sayonara
 

 

Monday 19 October 2015

Travelog : #jejakjepuncikon Day 3 - Odaiba,Tokyo Disneyland,Shibuya,Harajuku & Tokyo Skytree


Apa yang aku share ni bukan la iternari yang terbaik.Sebab trip kali ni memang kami berniat untuk cover kawasan bandar sahaja.Faktor masa & budget. So kami cover yang tempat tumpuan yang basic.Insyallah akan datang kembali untuk Mr Fujiyama,sakura san & pulau neko.
 
Statue of Libety
Fuji TV
Life sized gundam
 
Tokyo Disneyland
Tugu Hachiko..sedih tau cerita dia.Anjing yang setia dengan tuan.
Harajuku creepe

 
Tokyo Sky Tree