Wednesday 17 June 2015

Short Vacay : Cameron Highlands

Selamat menjalani ibadah puasa semua.Aku doa kita semua dipermudahkan urusan di dalam bulam penuh berkat ini.
 
Destinasi percutian pendek aku kali ini adalah Cameron Highlands.Aku pergi pertengahan bulan May.Naik menggunakan jalan Simpang Pulai, manakala turun pula guna jalan Tapah.Alhamdulillah,perjalanan agak smooth untuk aku(si dia yang drive pon..hehe).
 
Hotel pertama ialah Copthorne Hotel(dulu Equatorial)untuk hari pertama.Aku prefer hotel ni sebab lebih selesa berbanding next hotel.Ada kipas even takda aircond.Cuma ada masalah lif yang tak berhenti di level yang sepatutnya.So kena tunggu like 5 kali trip baru lif berhenti di level bilik kami.Bayangkan dari aku & si dia je yang tunggu..terus penuh dengan guest lain,ehmmm..
 
Untuk hari kedua aku stay di Hotel Heritage.Tak tau what when wrong,hotel kami bertentangan dengan jalan raya.Tiada kipas & tiada air cond.For me at least kena ada kipas.Sebabnya bila pagi matahari dah naik tinggi,berpeluh gak la aku ni.Bising & bath tub berkulat.Sebabnya aku tengok,customer lain yang sama2 check in semua dapat bilik facing pokok2.Maybe rezeki kami.Lagi pun aku tak faham apa yang heritage nya,nothing.
 
Untuk trip kali ni kebetulan aku datang hari Jumaat nak ke hari minggu,so ada pasar malam.Agak jam area tu tapi masih boleh dapat parking.
 
Aku tak beli sayur,bunga mahupun buah strawberri langsung.Bukan tak suka,tapi rasanya beli kat bawah lagi murah.Hehe...Yang aku beli ialah clay pot mini orked & kaktus comel2.Dua kali repeat pi kedai ni beli.Tauke kedai bagitau dah 18 tahun dia jual clay mini pot ni.Satu Malaysia hanya boleh jumpa kat kedai dia je.Betul ke tidak,aku tak pasti.Yang pasti aku dah jatuh cinta kat depa.Comel sangat.Veri fragile.
Ada banyak lagi design nak kena kumpul ni...
 
Untuk aktiviti aku singgah di ladang teh Cameron Valley untuk bergambar.Pancit gak la dari kebun teh tu nak daki balik naik ke kereta.Tak fit betul rasanya.Enjoy kek & teh di situ.Memang best.Aroma teh dari daun teh memang menenangkan.Macam bau inai pun ada :) Yang aku perasan masa di cafe teh tu orang berebut2 nak amik seat yang facing kebun teh.Jika ada yang tak berjaya,aku suggest datang je dalam pukul 5,confrim tak ramai orang.Tenang je rasa(aku repeat 3x sebab nak bergambar je).Will repeat Cameron soon.
 
Indahnya ciptaan mu ya Allah
 
Sedap betul kek ni.Teh pun terbaik.


 
 
 
 

No comments:

Post a Comment