Monday 15 June 2015

Annual Visit : Bandung shopping heaven utk kami..lol (Part 4)

Ok..this would be last entry about Bandung.Aku akan cover tempat urut,makan,perfume & factory outlet.
 
Tangkuban Parahu & Kawah Putih sesuai bagi yang pertama kali jejak ke Bandung.Untuk repeat on the next visit,tak perlu.Ia agak membazirkan masa & wang.

3. Mariani Spa & Ola Spa

Sesuai untuk anda yang sudah capek berbelanja.Dua-dua tempat ni ada keunikan.So far aku prefer Ola spa.Sebab perkhidmatan totak wajah nya aku suka.Harga lebih kurang untuk kedua-dua spa.Ada tukang urut lelaki & wanita.Tempat mandi & solat juga disediakan.Bersih.

Di Ola spa, aku repeat urut sebab saja nak habiskan waktu.Rupanya masa first visit aku ada tercicir brooch..tak sangka depa simpan & return kat aku.Kejujuran itu yang mahal.Masih ada jodoh aku dengan brooch tu :)



4. Collector Perfume

Baunya sebijik original perfume.Pilih brand mana yang kita mahu,bayar & siap.Dia akan bancuh depan mata kita.Yang bertambah best..ianya boleh di refill.So simpan botol manatau nak repeat kan.

Isu ori tak ori,tepuk dada tanya selera.Aku no komen.Sebab memang beli buat pakai harian.Confirm tahan 24jam.
Harga ikut saiz ml botol antara RM15-RM35.



Ada banyak di area Bandung ni.Aku buat di FO Summit

5. Rumah Mode

Di sinilah tempatnya untuk semua branded items harga kilang.Dari jeans hinggalah baju baby. Materialnya memang terbaik.Baju kerja,seluar kerja,t-shirt,boxer semua memang banyak.
 
Tempat solat & makan sekali attached dengan main building.So anda boleh peruntukkan berapa lama masa nak shopping disini.


Men jeans

Comel kan?Kecil je ni lebih kurang saiz A4 
 6. Kartika Sari

Bagi aku, sini pun wajib datang untuk borong biskut bagelan & brownies.Tapi kena hati2..bukan semua produk pastri kat sini halal ye.Contohnya, depa ada brownies perisa rum(gulp!)

Satu lagi yang aku suka,serbuk cabe(cili).Rasa pedas nya boleh menitik air mata ni.

 
7.Kampung Daun
 
Aku suka tempat makan ni.Nyaman kerana berlatar belakang air terjun.Harga makan juga berpatutan bagi aku.Ramai juga orang Malaysia di sini.Tempat makan dalam rumah buluh.
 
Kita enjoy gambar....


Nasi goreng Kg Daun

Original pisang cheese.Rasanya org. Indon mewah cheese

Nampak ke air terjun tu?


Pizza Salmon



 


 

No comments:

Post a Comment